Tuesday, March 29, 2016

Chicken cottage @Kuala Terengganu

Sejak restoren Chicken Cottage ni dibuka kat bandar Kuala Terengganu, dah beberapa kali abah budak2 ni duk ajak pergi makan kat sana.
Kalau dekat tu, boleh la terus terjah.
Ni kat tengah bandar KT, memang agak jauh juga dari rumah kami.
Tu yang bercinta jer nak ke sana.
Rasanya, sejak balik M'sia ni... baru dua tiga kali kami ke bandar KT.

Hari Jumaat lepas, abah ajak lagi sekali.
Alahai, kesian pula nak hampakan harapan orang yang mengidam nak makan Chicken Cottage.
Jadi saya turutkan aje walau Danish beria nak pergi Pizza Hut sebenarnya.

Chicken Cottage ni adalah francais makan segera yang agak popular di UK.
Kat Bradford pun ada satu cawangan walau kami tak pernah pun terjah.
Maklumlah, ayam grill dan ayam goreng Pakistan jauh lagi murah :)

Tapi, masuk jer ke dalam restoren boleh mula la rasa rindu kat UK.
Interior design kat dalam ni cukup menggamit memori di Kota London.
Tengok la, Danish dan Aisyah tak lepaskan peluang bergambar dengan London Eye.
Juga bergambar dengan London Bridge...
Kami order set ayam grill ni seekor... 
Yang gambar kat atas ni cuma half chicken.
Dari segi rasa, ok la... Sedap dan hampir sama dengan ayam grill yang kami selalu makan kat Bradford.


Yang ni pula Chicken burger...
Saya dan Danish order burger ni...
Lupa pula nak snap gambar burger... Gambar kotak burger pun jadi lah yer...

Irfan pula order ayam goreng...
Tapi dia lagi suka makan ayam grill berbanding ayam goreng tu...

Dari segi harga, ramai yang kata mahal.
Tapi my personal opinion, harganya not bad la.
Standard harga makanan segera lain macam Pizza Hut, Kenny Rogers, atau Burger King.
Kalau compare dengan KFC atau Mc Donald, rasa la yg Chicken Cottage ni mahal sikit.

5 comments:

  1. tak pernah cuba lagi ... nanti boleh cuba nie ;)

    ReplyDelete
  2. salam kenal..saya pun baru sekali pergi.
    ambil feel dulu..try2 makan kat situ..ada orang kata tak sedap, tp tekak ni boleh je terima chicken grill tu.best!

    ReplyDelete
  3. Menggamit kenangan la budak2 tu ye kakak. Hehehehe. Sihat semuanya kakak?

    ReplyDelete
  4. kenangan lama terimbau kembali kekdahnye dik...bertuah adik dan keluarga dapat berdagang kat negara orang dulu...mesti banyak yg terindu2 kan...nak2 bila cuaca tengah panas camni mesti rindu sgt dgn cuaca yg nyaman dan sejuk kat sana...nampak sedap ayam2 tu...yg panggang atau goreng dua2 pon akak suka...akak ni tolak batu dgn katu je yg lain sume sebat...hehhehe

    ReplyDelete
  5. Terimbau kenangan kat uk ye nur, mesti terasa rindu juga kan. Tak pernah rasa lagi chicken cottage nih

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails