Friday, June 26, 2015

Urusan sebelum balik M'sia

Sekarang dah mula counting down untuk kembali ke tanah air tercinta.
Perasaan eksaited tu tak boleh nak explain.
Maklumlah, dah tiga tahun setengah tinggalkan tanah air.
Homesick kat rumah tu tak payah nak cakap laa...
Rindu serindu rindunya..... gituuu!

Walau jauh di sudut hati, sedih juga nak tinggalkan bumi ratu ni.
Banyak kenangan manis yang telah tercipta.
Bila beritahu cikgu2 yang mengajar anak2 yang kami bakal tinggalkan UK, terharu pula dengan respond yang mereka berikan.
Mula-mula saya beritahu cikgu Irfan, Miss Coote.
Tahan sebak jer bila dapat respond dari Miss Coote tapi masih lagi boleh tampung kolam air yang bertakung.
Bila beritahu kat cikgu Aisyah, Miss Wilkinson, lagi lah berganda-ganda rasa sebak.
Kali nii dah tak boleh tampung takungan kolam air.
Menitis juga beberapa titik.

Dalam kalut siapkan tesis untuk submission sebelum balik, banyak juga perkara lain yang kena settle sebelum tinggalkan UK.

1. Bagi notis sebulan awal kepada internet provider, dan juga lain-lain langganan kat UK ni (talian telefon).

2. Hubungi council tax untuk maklumkan yang kita dah nak keluar dari rumah walau pelajar dapat pelepasan dari membayar cukai.

3. Maklumkan kat sekolah anak-anak sekurang-kurangnya dua minggu awal untuk pihak sekolah sediakan laporan akademik.

4. Bagi yang nak shipping barang dan kereta, boleh mula minta quotation untuk perbandingan harga perkidmatan. Kami minta quotation dari tiga syarikat berbeza iaitu Arcadia Freight, Edaran Express dan Atlantis.

5. Hubungi syarikat yang menyediakan utilities seperti air, gas dan letrik. Tapi disebabkan kami menggunakan prepaid untuk gas dan letrik, jadi saya cuma hubungi syarikat Yorkshire Water.

6. Bagi yang guna kereta, kena maklumkan yang kita nak tamatkan insuran dan juga keahlian untuk breakdown (AA).

7. Juga beri notis awal kepada landlord yang kita akan tinggalkan UK sekurang-kurangnya satu bulan lebih awal.

8. Hubungi majikan/sponsor untukk belikan tiket kapalterbang. Bagi UMT, saya dibenarkan untuk memilih sendiri penerbangan yang diingini dan dikehendaki menyediakan itinerary cadangan kepada unit cuti belajar. Yang ni seelok-eloknya dilakukan dalam tempoh 14 hari bekerja untuk mengelakkan sebarang masalah. Lain sponsor/majikan, lain prosedurnya.

Rasanya itu jer yang saya ingat.
Belanja satu gambar anak-anak..
Lepas ni pakai baju selapis aje lah bila posing...
Tak payah lagi berlapis-lapis... hehehhe

NuKilaN:
 

17 comments:

  1. bestnya dah nak balik ke tanahair..:)

    ReplyDelete
  2. beraya kt malaysia lah ye kak.... msti tak sabar dh nk balik tuh kan...
    yelah kak walaupun 3thn lbh msti banyak kenangan indah kt uk nun kn kak....
    apa pun selamat berkemas2 ye kak

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,
    waaaaaa dah nak balik. selamat kembali ya...babai UK, konvo nanti pi lagi

    ReplyDelete
  4. Selamat pulang ke tanahair bersama kenangan2 manis sewaktu di sana. :)

    ReplyDelete
  5. Selamat pulang ke tanahair bersama kenangan2 manis sewaktu di sana. :)

    ReplyDelete
  6. selamat pulang ke tanah air...

    Kak Gojes nak ajak korang join GA ni…manalah tau menang duit raya…
    MENANGI DUIT RAYA BERJUMLAH RM3100 SEKARANG!!!

    ReplyDelete
  7. Tak sangka.. pejam celik dah tiga tahun lebih Nur disana..
    Kurang lagi lah member oversea maya akak ni..
    Sebenarnya akak rasa seronok baca entry maya yg duduk diperantauan ni..
    bila musim berganti musim maka banyaklah gambar menarik yg keluar..
    selamat kembali nur..
    semoga segala urusan dipermudahkan Allah

    ReplyDelete
  8. Banyak juga urusan nak dibuat ye. Mesti tak sabar nak balik tapi pd masa yg sama tentu tempat ni akan dirindui ... byk kenangan manis kan :D

    ReplyDelete
  9. Comel adik-beradik tu..:) Nway i feel u kak Nur, mmg sedih plus tharu kan masa bgtau cikgu2 kita nk balik Msia for good..nti kt sini sure akn rindu dgn kehidupan di sana.. but that's life..and life is go on..in shaa Allah everything will be fine. Welcome home, kak Nur!

    ReplyDelete
  10. akak pasti Nur akan merindiui saat2 manis kat sini bila kembali ketanahair kelak..

    ReplyDelete
  11. dalam tak sabar nak kembali ke tanah air
    tetap rasa sebak meninggalkan tempat yang telah dihuni selama 3 tahun kan kak
    moga selamat perjalanan akak

    ReplyDelete
  12. Tetiba nak nyanyikan lagu Skylar Grey, 'I'm Coming Home' !

    Selamat pulang ke tanahair, Nur setelah hampir 4 tahun berkelana di negara orang. Yalah, banyak pengalaman dah ditimba, tentu sahaja rasa sebak semakin menebal bila tiba hari-hari terakhir untuk pulang ke negara sendiri. Bak kata orang, hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri. Biarlah kita sakit ditimpa hujan batu asalkan tanahair sendirikan :)

    ReplyDelete
  13. Alahai... sebak pulak saya baca... selalu dpt tgk gmbr2 menarik main salji, bunga cantik2... buah-buahan yang boleh dipetik2 bila masak ranum... alahai...

    ReplyDelete
  14. alahai...sebaknya baca, memang seronok dapat balik malaysia,tapi dalam masa yang sama tentu sedih dan akan merindui mereka yang ditinggalkan di sana..

    cantik gambar anak-anak tu

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails