Monday, September 15, 2014

Petik plum lagiii....

Sabtu lepas kami ke ladang plum kat Doncaster tu lagi.
Sebelum pegi, saya dah email dan tanya ada buah lagi ke tak.
Balas empunya ladang, masih ada... tapi tak banyak sbb dah penghujung musim.

Kali ni kami ke sana seramai lima keluarga.
Meriah sungguh pengalaman memetik kali ni.
Ni anak-anak dara yang dah tak sabar nak petik plum...
Tapi malangnya kali ni dah tak banyak mcm yg kami pergi dua minggu lepas.
Bukan setakat tak banyak, tinggal buah yang tinggi2 jer.
Budak2 lelaki, mula lah menunjukkan skill memanjat mereka...
Danish pulak, tunggu jer kat bawah pokok.
Memang tak byk buah yg dia boleh petik.
Jadi Danish menunggu, sambil dia makan plum2 tu.

Ada juga tangga yang disediakan...
 Ni hasil tuaian keluarga salah satu family...
Amboi, bukan main byk lagi... bertingket tingket hasil plum mereka.

NuKilaN:
 

13 comments:

  1. salams nur, bestttnyaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....akak suka buah plum tu:)

    ReplyDelete
  2. wah buah plum segar
    best bila dapat merasai sendiri pengalamn gini kan, bukan selalu
    sonok aje nampak bebudak tu

    p/s-saya tag blog ni untuk The Versatile Award

    ReplyDelete
  3. Best....petik dan makan buah yg segar dr ladang :)

    ReplyDelete
  4. Kak nur best ok petik2 buah...rindu nk join. Plum dia manis tak? Ninie suka buah plum dan cherry. Irfan tu dah 12 btg gigi dicabut doc boleh gigit lg ke buah? Hihi..

    Kak nur, ada ke terjumpa bekas jiran saya si anak bujang sebelah rumah saya dulu? Kitorg terkilan tak sempat jumpa dia (bkn terkilan tak dpt jam dari dia tau..hihi). Jlu jumpa send regards kt dia dari ninie &zaid eh.

    ReplyDelete
  5. Bestnya dpt petik. buah fresh nurbijen. Akak suka buah. plum ni..tentu murah disanakan..

    ReplyDelete
  6. agaknya plum yg fresh ni apa rasanya ya?

    ReplyDelete
  7. ala syg la sikit buah dah tinggal saki baki..klu dpt petik yg rendah2 mesti lagi best..apa pun yg fresh hasil tuaian sendiri mesti la seronok..

    ReplyDelete
  8. WAHHHHH TERUJANYA, XPELAH TGL SIKIT PUN JANJI DPT PELUANG PETIK SENDIRI KAN...

    ReplyDelete
  9. Dalam pada tak banyak tu, banyak juga dapatnya. Boleh buat macam-macam kalau datang rajinnya, Nur :)

    ReplyDelete
  10. Udah datang petik lagi yeh Bijen hehe... Untung tuan ladang...bisness berkembang
    Banyak tu....... habis ke kalau makan gitu aje kawan tu....

    ReplyDelete
  11. Wah... petik lagi!!!! Freshnya nmpk... adeh... sedap tu....

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails