Tuesday, May 6, 2014

Kenduri pertama di UK

Kita rehat dulu entry Europe Tour, kan ada yg termuntah duk baca entry2 yg entah bila nak habis tu... kali ni nak share pengalaman kami pergi kenduri pulak.

Kali pertama menghadiri kenduri kahwin dalam tempoh dua tahun kami merantau di bumi England ni. Hari Ahad lepas dapat jemputan kahwin anak lelaki kak Midah di Leeds. Rasa sgt teruja tau nak pergi kenduri tu. Dalam kepala dah terbayang nasi minyak ala-ala kenduri dan air sirap kenduri.

Kami ke sana dengan bas. Haruslah letak tiga beradik yg sporting bergaya bila tgk saya keluarkan kamera di Bradford Interchange...
Pukul 2 bertolak dari rumah, dalam pukul 3 dah sampai rumah kak Midah. Masa tu kak Midah dan pengantin ada kat luar rumah. Tapi sempat juga beri ucapan kat pengantin dekat booth yang disediakan kt halaman rumah...
Lepas tu terus ke bahagian jamuan di bahagian belakang rumah. Jangan tak percaya, siap dengan meja makan beradap lagi. Rasa mcm attend kenduri kat M'sia pulak :)
Menunya, mmg mcm2 ada... Kenyang perut makan kenduri tahan hingga ke malam :)

Yang best dapat jumpa dan bersembang dgn kawan-kawan yang juga turut sama memeriahkan majlis. Saya mcm biasa, bila jumpa makanan memang akan makan tak ingat dunia. Sambil makan, sambil sembang. Dari orang ramai, hingglah baru perasan orang dah makin berkurang. Masa tu baru sedar diri untuk bernasur pulang :)

Anak dara yang seronok pergi kenduri... 
Irfan and the geng...
Sephia, Aisyah, Akif dan Danish...
Balik kenduri, singgah Lister Park tengok tulip. Tak puas tgk tulip di Keukenhof, posing lagi dgn tulip di Lister park... hihihihi

11 comments:

  1. Merasa jugak kenduri yer... lepas rindu kat kampung kejap kan.

    ReplyDelete
  2. Kenduri kahwin?
    Fuhhhh...rare sangat tu buat kat uk..
    Apa menu special dia kak nur?

    ReplyDelete
  3. Mana gambar pengantin nya Nur... Teruja akak menghabiskan entri nya tapi gambar pengantin tak pulak.. ini mesti kes mkn sedap smpi terlupa nak ambil gambar pengantin kan ;)

    ReplyDelete
  4. Bestnya lauk pengantin..cantik meja mkn beradap, serius mcm kt Msia! Hihi untung kak Nur. ;)

    ReplyDelete
  5. Bila jauh diperantauan berjumpa dengan lauk pauk kenduri, nak2 lagi nasi minyak kenduri kawin mmg tak ingat orang sekeliling dah kan..hehe

    ReplyDelete
  6. waaah...xde ler terase terasing walau merantau Nur..meriah bagai kat mesia gak!hehe..

    ReplyDelete
  7. Kenduri kawen orang melayu di over the sea ... perghhh.. mesti feel yang amat sangat huhuuu.. yer la pertama kali selama dua tahun kata nyer.. :D

    Salam Kenal :D -- http://timetravelafif.blogspot.com/2014/05/kembara-england-part-7-natural-history.html

    ReplyDelete
  8. yelah kan sekali2 ada majlis mcm tu mmg seronoknya makan lah kan...

    ReplyDelete
  9. kenduri dirantau terbaik ada meja makan beradab...nmpk meriah..sukapic yg 1st tu..sweet sgt 3 beradik ni bergambar

    ReplyDelete
  10. Salam Nur,

    Pasti seronok kenduri di tempat orang namun mampu menerbitkan kemeriahan dek tradisi yang dikekalkan walaupun nun di bumi asing!

    ReplyDelete
  11. Berjaya juga pergi kenduri kahwin ala Malaysian style di England ya! Kalau nampak makanan, saya pun sama juga - takda lain yang saya hiraukan :D

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails