Friday, January 31, 2014

Tiket utk sehari

Kalau korang perasan, skrang ni bukan main kerap lagi kami naik bus. Bukan apa, baru jumpa benda murah katakan. Sebelum ni nak keluar jer dari Bradford, mesti intai tiket train sbb dah beli kad diskaun utk keluarga. Banyak juga potongan yang dapat bila guna kad diskaun tu. Tapi, bila guna bas rupanya jauh lagi jimat :)

Ni tiket yg saya maksudkan...
Nampak sgt gambar dah lama peram dalam draf. 
Semua tiket tahun lepas lagi dan kalau perasan, boleh dikatakan setiap minggu hari Sabtu kami beli tiket tu. For information, tiket dengan harga 7.80 tu adalah untuk lima orang dewasa yang boleh digunakan dalam mana-mana Metro bus dalam kawasan West Yorkshire. Nak tahu luas mana kawasan West Yorkshire ni, boleh tgk dalam map kat bawah...
Jadi kalau nak ke Ilkley, Otey, Halifax, Dewsbury, Wakefield, dan destinasi2 lain dalam kawasan West Yorkshire, boleh guna tiket 7.80 tu.  Utk info juga, kalau tambang biasa dari rumah kami ke city center, kena bayar 1.40 utk dewasa dan 70p utk kanak-kanak. Dengan tiket ni, sangat jimat, kan?

12 comments:

  1. Nampak jimat tu.. kalau macam ni bolehla jalan2 lebih kerap ya..boleh jelajah kawasan yang berdekatan dengan lebih kerap la nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, cuma musim sejuk ni tak laju sgt nak berjalan… sejuk dan beku….
      Tunggu summer baru boleh ronda habis habisan :)

      Delete
  2. Mmg jimat ye....senanglah nak berjalan2 kat sana kan.... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, jimat sgt sgt… tu la, cuma masa jer kekadang yg tak mengizinkan...

      Delete
  3. Luas juga kawasannya ye Nur.. Memang menjimatkan Untuk Lima orang dgn harga tu... makin rajin nur bawa keluarga berjalankan.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak Yati, luas juga kawasan west yorkshire ni…
      Harapnya rajin la nak bawa budak2 jalan2… tunggu cuaca cantik sikit :)

      Delete
  4. ada byk cara utk berjimat ekk,kt malaysia ni semua dok bising tambang naik,minyak naik.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, kat sini byk pilihan… kat sini pun naik jugak.. tapi tak de la melambung lambung… mcm tiket bas sebelum ni cuma 1.30, lepas tu naik 1.40… huhuhu

      Delete
  5. wah jimat ye tiket bas kat sana! untuk 5 orang lagi.nur jangan lepas peluang jelajah semua tempat sebelum balik malaysia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah, Ida.. makin semangat bila dapat sokongan mcm ni… Tapi tu la, bila tahun akhir ni, kita pun makin sibuk… tapi akan cuba juga luangkan masa utk tgk keindahan tempat orang :)

      Delete
  6. Kiranya sgt Murah lah Nur... jimat banyak tu sbb utk harga 5 org sekaligus...:)

    ReplyDelete
  7. Aduh, Nur rasa pening tetiba tengok keluasan kawasan dalam peta nih. Memandangkan saya tak perlukan tiket ni, saya tolong menyampuk ajelah mana dapat :) Kalau ada benda yang lagi murah nak buat apa benda murah, ya tak?

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails