Friday, January 17, 2014

Jumpa BFF di GAP

Masa kami mengukur jalan di Leeds Sabtu lepas, Aisyah terjumpa dengan kawan sekelasnya, Ahmed di GAP Outlet. Buka main seronok lagi Aisyah dapat jumpa Ahmed. Siap main kejar kejar dan hide and seek dalam outlet tu. Sabar aje la. Nasib baik tak ramai orang. Tu mereka buat kedai tu macam mak ayah mereka punya., ekekek.

Saya memang malas nak larang. Biar la mereka explore dan main sambil saya cuci2 mata. Eh boleh percaya ke cuci mata jer? Takde maknnya... memang "ter" rembat juga beberapa helai baju dan seluar utk anak-anak. Seluar jeans Aisyah baru 5 pound... kalau nak convert ke RM, darab 5.4.... skrang duit M'sia sgt murah... Balik M'sia, nak melangkah masuk ke GAP outlet pun dah rasa gerun. Kat sini aje la boleh bergaya dgn baju GAP yer anak-anak :)

Sempat juga snap gambar mereka bersama. Mula-mula saya candid dulu gambar ni...
Lepas tu semua setuju utk bergambar sama-sama..
Aisyah dah request utk print gambar kat atas ni. Dia nak tunjuk kat kawan di sekolah sebab mereka mmg ada satu slot untuk anak-anak bercerita tentang apa saja kepada rakan-rakan sekelas. Dari situ mereka menggalakkan pelajar bercakap dan mengeluarkan idea. Bagus, kan?

Ni la hasil rembatan bahagian anak-anak...
Ada lagi satu beg bahagian abah. Mau tak kempis purse... ekekekke

18 comments:

  1. Salam Jumaat Nur...
    sini mmg mimpi lah nak masuk GAP ni..haha..mahal sungguh.. dok beli yg dr china je lah jawabnya..haha..seronok Aisyah jumpa kawan ya...:)

    ReplyDelete
  2. hehehehe...

    gelihati saya baca entri ni,rasanya mesti nur happy n ceria sgt masa menulis ni....

    alah membeli menang memakai..,

    ReplyDelete
  3. Sukanya Aisyah...maknya pun suka dpt shopping...xpa biar anak2 mai..kalau dok gayut kat kita lgi la haru..

    ReplyDelete
  4. haaa takder nyer cuci mata jer kan, mesti mau cuci wallet sama. hehehee
    Bagusnya Aisyah semangat take part in class activity. Miss u guys :)

    ReplyDelete
  5. seronok aisyah 'terjumpa' kawan sekolah dia. kalau 3A ni terserempak dgn kwn2 @luar yg pelik jadi malu2 kucing. dok sibuk bisik2 kat mommy je tu kawan dia.

    ReplyDelete
  6. Ahmad BFF yg sama sekolah ngan aisyah yg umminyer sll citer dl yer..heheh..seronoklah aisyah..ummi lg seronok yer..wpun poket kempis..plastik baju kembung..heheh

    ReplyDelete
  7. mmg seronok la kalau dapat shopping... kalau kat sini mmg tak dpt dah la nak merasa...

    ReplyDelete
  8. Kebetulan terjumpa ya.. bagusnya..anak seronok, mak pula dapat shopping dengan tenang.. itu yg banyak hasil tu ya.. perjalanan yg sangat menyeronokkan betul ni...

    ReplyDelete
  9. yup nur..a good idea to tell children kan !!..baguslah sekolah aisyah ni siap ada slot untuk anak2 bercerita lagi :)
    GAP!!..kat Malaysia lalu je kot depat Outlet GAP tu hehe :D

    ReplyDelete
  10. itu le, kalu dekat2 mau akak kirim baju ntuk alya tp sayang sekali, harga pos jauh lebih mahal dari harga baju.. tengok jer le aisyah melaram ngan baju cantik2..

    ReplyDelete
  11. Ehem main cikucak ya. Hensem Ahmed tu ;) dah convert ke pound still murah lg compare dgn sini. Kalau sini jeans faham2lah harganya.

    ReplyDelete
  12. Salam Jumaat k.nur.. Hehehe kat sini xmasuk pon GAP. Tapi haza masuk dengan langkah bergaya kat outlet Indonesia. Hahahha

    ReplyDelete
  13. Seronoklah dorang dapat jumpa bff....hehe
    Kalau dah singgah outlet pakaian camtu memang tak sah kalau tak rembat sehelai dua :D

    ReplyDelete
  14. amboi aisyah jumpa geng siap nk print gambar..mmgbagus la buat slot camtu jadi budak ada self confidence depan org ramai..

    semua comel2 je dalam ambar, murah la ekk klu convert duit malaysia..kira mampu beli la brand gap

    ReplyDelete
  15. Bestnya aisyah jumpa kawan ye... betul mcm Atie kata tu.. kat sini nak beli pun GAP ni Dr China je la... ;)

    ReplyDelete
  16. Suka la aisyah dapat bergambo...nanti mesti seronok dia bercerita tu...waa best nyer dapat shoping gap lagi tu...

    ReplyDelete
  17. Alah, sesekali kempiskan purse apa salahnya, ya tak? Keh3x, pandai aje mengajar orang berbelanja dengan borosnya. Yalah Nur, barang dah murah dok depan mata, rembat ajelah.

    ReplyDelete
  18. Anak anak jugak yg untung kalau mak pak shoppingkan Bijen hehe......
    Mau tak seronok jumpa kawan luar dpd sekolah!

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails