Saturday, November 23, 2013

Danish dah sihat

Alhamdulillah, dah dua hari Danish dapat pergi sekolah. Terlintas untuk update bila Wir tanya khabar dalam entry ni. Terharu pula rasa bila ada rakan blogger yang mengambil berat ni. Terima kasih pada semua yang doakan kesihatan dan dan beri petua untuk melegakan sakit perut.

Bukan main happy nak pergi sekolah
Masa pergi sekolah kelmarin, Danish bawa balik kad. Belum sempat balik, Danish dah cakap dalam telefon dia buat kad kat sekolah. Bukan main eksaited lagi nak beritahu ummi. Ummi kalau hari Khamis dan Jumaat adalah hari yang paling bz setiap minggu. Hari Jumaat kena buat report mingguan dan jumpa dgn penyelia. Lepas jumpa penyelia baru la rasa lega dan boleh la update blog sambil melawat blog kawan2 :)

Sekarang pukul 4 pm dah pun gelap sbb dah maghrib. Jadi kalau saya balik pukul 5 memang dah gelap gelita. Nasib baik ada free safety bus yang terus hantar terus depan pintu rumah. Lepas solat dan makan malam, sambung buat kerja lagi. Kadang2 rasa kesian dgn anak-anak. Tapi Alhamdulilah, mereka sangat memahami. Bila saya kata lepas makan, jangan kacau ummi buat kerja. Semua kena masuk dalam bilik. Semua dengar kata. Tiga2 layan cerita Harry Potter. Kebetulan semester ni Aisyah belajar tentang movie tu dalam kelas. Tu yang beli terus set DVD utk budak2. 

Dalam pukul 9, Aisyah dah tidur dan Irfan masuk dalam bilik saya study utk simpan DVD. Tapi sempat juga saya layan dia bercerita. Sedih katanya tgk episod tu. Lepas sembang, dia tanya... "Ummi dah solat Isyak?". Saya jawab belum. Jom ummi, kita solat sama-sama... kata Irfan. Ok la, Irfan pergi ambil air semayang dulu. Lepas tu kami pun berjemaah sama-sama. 

Lepas solat, Danish ajak saya tidur. Saya kata, "Tak boleh la. Kerja ummi tak siap lagi." Tapi adik nak tidur dgn ummi, kata Danish. Kesian tgk muka Danish, saya tidur sebelah Danish sekejap. Terus Danish baca doa tidur. Doa tidur satu-satunya doa yang Danish dapat sebut dgn baik dan lancar. Kalau doa makan tu, tak berapa jelas lagi sebutannya.

Lepas beberapa minit temankan Danish, saya minta kebenaran Danish utk sambung buat kerja. Danish mengiayakan dalam pandangan sayu dan cakap, "Ok, tapi jangan buat kerja lama-lama. Kesian adik." Aduss, sempat lagi nak berdrama Danish ni.

Disebabkan kakak tidur awal, jadi dia pun bangun awal. Bangun jer tidur, dia tanya.. "Ummi tak tidur ke semalam?". Mesti pelik dia tgk saya tak berganjak dari kerusi. Ummi tidur la, tapi tak lama.. saya jawab. Aisyah kata, Ooooooo.. dan lepas tu dia pun mula bercerita tentang mimpi dia masa tidur. Dia jumpa santa claus dan santa claus beri hadiah kat dia setiap hari. Tapi kakak kata, dia tak tahu kenapa dalam mimpi tu dia tak buka pun hadiah tu. Dan panjang lagi la kisah mimpi dia tu.

Hari ni juga kakak dapat gelaran Learning Superstar lagi. Ingatkan sempat la tgk kakak naik stage, tapi banyak lagi kerja kena buat masa tu. Memang tak sempat nak curi masa pergi. Terkilan  juga rasa. Nasib baik abah pergi sebagai wakil. 

Oh dah melalut panjang. Nak cerita pasal kad Danish jer, tercerita mcm2 pulak :)
Muka depan
Bahagian dalam
Katanya Danish lukis orang. Jadi la kan, imaginasi budak umur 3 tahun. Tempek kat blog sebagai kenangan :)

Nota ummi,
Pandai anak-anak cari ruang utk meluangkan masa bersama ummi. Ummi pula yang rasa bersalah :(

11 comments:

  1. Salam kak Nur,
    Three of them are so sweets :)
    Depa sangat understanding...
    May Allah bless your family.,

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah anak2 semuanya very understanding & tak demanding sangat kan..kalau tidak susahlah umminyer nak study..kengkadang sian jugak kan bila depa terpaksa tidur sendiri..
    Ade bakat tuh lukisan danish..buat permulaan dah cukup bagus..ade cam rupa orng pun..:)

    ReplyDelete
  3. Syukur sgt kan bila anak2 memahami...cuma perasaan bersalah dlm diri tu mmg tak lepas.. kekadang kesian, sbb rasanya masa bersama anak mmg kurang (saya ler tu) weekend je lah ada masa, tu pun kena turun opis juga klu ada kerja tertunggak...
    ok lah tu lukisan Danish.. Pa'e 3 thn blm boleh sgt melukis...:):)

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah Danish dah boleh ke sekolah balik, rinag ria dia. And Alhamdulillah jugak all ur kids sangat patuh and memhami, yer la ibu nyer bukan suka2 ngadap gaem ker apa kan, tapi kesian kan bila dorang cuba sedaya curi sedikit masa just untuk bercerita, tak banyak, dapat citer sikit2 pun dah cukup. Terharu pulak saya.

    ReplyDelete
  5. Alhmdulillah..walau masih kecil, tapi memahami keadaan ibunya..
    Akak pun sama, kadang2 rasa bersalah sangat ngan anak2...

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah Danish dah sihat..lega juga nur ada anak2 yang sangat memahami keadaan uminya.. bukan senang kan kalau anak2 biat hal di saat kita tgh sibuk...

    Naim pun sama dgn danish bab melukis ....

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah...senang hati ummi kan...

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah anak2 akk sgt memahami walaupun masih kecik. eta pulak yg nervous ni..tp salute lah ngan k.nur. anak tiga pon masih boleh handle everything.

    ReplyDelete
  9. Nak buat macamana lagi, Nur. Bukan tak mahu melayan anak-anak tapi tanggungjawab sebagai pelajar pun kena ambil berat juga. Salute sebab Nur boleh melaluinya bersama tiga anak yang masih kecil dan perlukan perhatian kita. Kalau diberi peluang, memanglah kita ni nak menggomol anak-anak aje, tak mahu buat kerja lain.

    ReplyDelete
  10. Begitulah menjadi ummi dan student...sangat bizikan Bijen....
    Apapun tahniah kepada awak sebab masih mampu menguruskan masa dengan baik...kalau OKje entah!! separuh jalan kot!

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah....danish dh sihat

    Anak2 memahami tu nur...syukur..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails