Sunday, October 14, 2012

Legoland Discovery Centre (LDC)

Sebenarnya dah lama entry ni terperap dalam draf. Setiap kali nak menulis, mesti sedih bila terkenangkan peristiwa sedih selepas lawatan ke legoland - kamera saya hilang :(

Tapi nak cerita juga sebagai kenangan dan rujukan masa hadapan. Nasib baik sempat juga rakam beberapa gambar menggunakan handset. Masa kat legoland tu, kami juga beli gambar keluarga yang dirakam secara spontan semasa berperang di Kingdom Quest.

Kami ke sana minggu selepas raya, kalau tak silap 27 Ogos 2012. Legoland Discovery Centre (LDC) ni terletak di Manchester, ambil masa perjalanan dalam 45 minit dari Bradford. LDC terletak di pusat membeli belah TheTrafford Centre, iaitu dalam bangunan sahaja. So bila kata dalam bangunan, means tempatnya tak de la besar sangat. Sebab jaraknya yang dekat, saya order terus pas tahunan untuk ke Legoland. Pas tahunan untuk kami sekeluarga GBP75 (nak convert RM, darab 5).

Dengan pas tahunan ni, kami sekeluarga boleh ke sana pada bila-bila masa, banyak mana pun tak kisah ke LDC Manchester. Tapi ke Legoland Windsor boleh masuk sekali sahaja menggunakan pas tu - kena pergi juga Legoland Windsor sebelum kad tu tamat :) 

Nasib baik dah order tiket online, so tak perlu nak beratur panjang. Masa mula-mula sampai, agak terkejut dengan queue yang sangat panjang. Tapi bagi mereka yang dah order online atau yang dah ada pas tahunan, boleh terus masuk ikut laluan pantas :)

Ni gambar masa nak buat pas tahunan. Setiap orang kena ambil gambar untuk letak atas kad tu. So semua bergilir ambil gambar. Masa ni giliran Irfan.
Macam tu jer kamera yang digunakan
Dah dapat kad masing2, kami mula berseronok di LDC. Ya, anak-anak sangat seronok walaupun ramai yang berpendapat LDC Manchester ni sangat memboringkan. Ada Lego playground,  Lego pool, dan beberapa ride lain untuk keluarga. Tak pandai pulak nak bercerita lebih sebab tak de gambar... sob sob!

Ni pula gambar yang kami beli sebagai kenangan
Siap tulis berapa skor yang kami dapat masa bertarung
Mestilah abah juara antara kami!
Sampai sekarang, belum lagi berpeluang ke sana untuk kali kedua. Tambahan bila anak-anak dah mula sekolah dan cuaca yang makin sejuk, lagi susah nak cari peluang ke sana... huhuhu

NuKilaN:
 

4 comments:

  1. Kak Nur, pass tu nama dia apa? Sbb kami pon tgh bkira2 nak beli jg pass mcm tu. hehe..nway, mst seronok kt situ dpt main lego.

    ReplyDelete
  2. seronok tengok legoland tu..anak2 pasti suka kalo dpt main2.tp semestinya kami takkan sampai tempat akak tau..hihihi...
    mcm mana kamera bleh hilang.?sayang pulak, hilang segala kenangan2 dlm kamera tu..

    ReplyDelete
  3. bestnya pgi legoland...hmmm xthu la bila dpt g legoland kat johor tu...huhu

    ReplyDelete
  4. Izu: Ooo, pas tu nama LDC Unlimited Pass, boleh pakai kat LDC Manchester jer... tapi mmg best boleh main lego... siap ada kelas utk buat rekaan lego :)

    Saly: Entah la mcm mana boleh hilang, perasan bila sampai kat kereta baru sedar kamera tu takde... bila patah balik dan tanya staf kat LDC, mereka pun kata tak jumpa kamera tu... sob sob!

    NoEn: Tunggu alya besar sikit boleh la pergi... mcm danish pun dia tak berapa nak enjoy lagi bila ke legoland... yg triple excited, abang dan kakak jer :)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails