Wednesday, June 13, 2012

Cakap melayu 2

Entry sebelum ni pasal Irfan terkejut cikgunya cakap melayu, hari ni nak kongsi tentang saya pula yang terkejut bila tengok laporan buku rekod yang Aisyah cakap melayu dengan cikgunya di sekolah.

Ini buku laporan membaca yang saya maksudkan. Susah nak eja nama Aisyah dalam English, maka jadila Aisha. Bila saya betulkan dengan cikgu, sekali cikgu Aisyah tukar jadi Asiyah pulak... hehehe, apa apa aje la :)
Bila belek buku ni sebelah dalam, memang saya gelak bila cikgu tulis, "Asiyah spoke in home language"... suka hati ajer si kakak ni cakap melayu dalam kelas.

Tapi ni laporan masa minggu yang pertama Aisyah sekolah.... sekarang dia kata dia dah berani nak berkawan dan cakap dalam English. Sejauh mana kebenaran tu, saya pun tak tahu.. tp yg saya perasan, Aisyah lebih yakin utk converse in English berbanding Irfan... (isk, tak baik bandingkan anak-anak - mereka ada keupayaan mereka sendiri - Irfan pun dah boleh cakap jugak, tapi dia lebih suka guna bahasa melayu dgn umminya :)
 Ni pulak antara laporan yang cikgu tulis pada bulan tiga:
Aisyah dah boleh kenal beberapa phonics mcm: S, O, C, T etc.... even bila pergi tesco, dia cuba bunyikan phonics : T. E. S. C. O... then sebut, TESCO... Mereka tak belajar kenal huruf, tapi belajar kenal bunyi :)

NuKilaN:
 

5 comments:

  1. balik Malaysia nnt pastu 2 beradik ke depan dalam subjek english

    ReplyDelete
  2. Insya Allah kak tini, dlm masa yg sama kena tahu jugak bahasa ibunda, kekal jatidiri :)

    ReplyDelete
  3. mungkin sebab aisyah lagi muda kot. sy perasan anak2 member kt sini yg lagi muda lagi senang nak adapt bahasa.

    ReplyDelete
  4. tu mungkin faktor jugak kot... lagi satu sbb Aisyah perempuan, lagi cepat sikit matang :)

    ReplyDelete
  5. Smart Readers pun ajar budak-budak kenal phonics. Si abg rajin sungguh membunyikan nya masa pra sekolah dulu.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails