Saturday, February 4, 2012

Jet Lag

Mengikut Wikipedia, Jet lag didefinasikan seperti berikut:

"Jet lag, medically referred to as desynchronosis, is a physiological condition which results from alterations to the body's circadian rhythms; it is classified as one of the circadian rhythm sleep disorders. Jet lag results from rapid long-distance transmeridian (east–west or west–east) travel, as on a jet plane."


Kalau dalam bahasa mudah, kita akan tidur ikut waktu Malaysia walaupun sebenarnya jasad sedang berada di negara yang berlainan meridian seperti kat UK ni kesan dari kita menaiki pesawat.


Alhamdulillah, saya tak rasa sangat penangan Jet Lag. Mungkin sebab dah mentally prepared untuk menghadapi jet lag. Waktu tidur saya di sini dapat diubah mengikut waktu tempatan.

Tapi anak-anak memang sangat ketara kesan jet lag. Rasanya ia mengambil masa lebih dari seminggu untuk recover kesan dari jet lag. Saya selalu juga diajukan soalan, "Anak-anak tak jet lag ke?" dalam minggu yang pertama kami sampai di Bradford.

Kat sini mahgrib awal. Dalam pukul 4.30 ptg dah maghrib. Bila maghrib, kat luar rumah dah jadi gelap. So dia orang akan tidur awal dan semestinya akan bangkit awal. Pukul 4 lebih di awal pagi, ketiga-tiga mereka dah bangun. Nak tak nak, saya pun kena bangun juga untuk tengokkan anak-anak.

Disebabkan mereka tidur awal, tak sempat makan malam pun dah tidur. Bila bangkit sebelah pagi, mesti minta nak makan nasi. Kelebihan kat sini, makanan susah nak rosak sebab cuaca sejuk. So, sebelum subuh saya dah kena masuk dapur untuk panaskan apa yang patut. Selesai sarapan di pagi buta, baru mereka akan bermain dengan riang. Saya juga boleh mandi untuk solat subuh dan bersedia untuk ke sekolah.

Tapi sekarang, mereka dah tak jet lag. Dah pandai berjaga malam sambil layan internet dan game. Bila berjaga malam, mesti bangkit pun agak lewat. Pagi tadi pun belum bangkit sebelum saya datang ke sekolah :(
 tgk danish pun dah pandai layan angry bird
 siap berguru dengan irfan lagi 

ummi panggil nak ambil gambar pun danish x layan

NuKilaN:
 

4 comments:

  1. biasa laa budak2.. tp alhamdulillah sbb dah biasa..

    ReplyDelete
  2. Imaan09: tu la, kita pula kena ikut masa dia org... huhuhu

    Haza: saya pun rindu kat org Malaysia :)

    ReplyDelete
  3. jet lag..saya cakap dgn asben say dia tak paham..dia anak serani pandai BI yg saya nie mmg xpandai BI..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails