Wednesday, February 15, 2012

beras basmati

Walaupun duduk di negara orang, tapi kami dapat menikmati nasi setiap hari. Kat sini kami makan beras basmati. Harga 5kg beras adalah 5 pound. Kalau beli yang guni besar lagi murah, 15 pound utk 20 kg :)

Anak-anak memang suka makan beras basmati. Selalu sangat mereka meniru gaya iklan di TV. Kata mereka,"Ermm.... panjanggggg!". Hehehe, kat sini baru boleh makan beras basmati. Kalau kat Malaysia, jangan harap ummi nak beli beras macam ni. Mahal tau, beras siam lagi murah :)

Makan nasi kosong dengan ikan bilis pun dah sedap dengan beras basmati ni. Even bila saya goreng nasi, Aisyah masih request nak nasi putih makan dengan ikan bilis. Nyum nyum!

Danish pun banyak makan nasi sejak akhir-akhir ni. Badan danish juga nampak sedikit berisi. Tak pasti samada sebab cuaca yang sejuk atau sebab beras basmati tu sedap. Apa-apa pun, saya tetap happy sebab danish dah pandai nak makan nasi dan dah pandai minta nasi tambah :)

NuKilaN:
 

3 comments:

  1. hahaha tu la pasal... saya mmg x pernah beli beras bsamthi kat mesia :)

    ReplyDelete
  2. murah ye beras basmathi kat sana..

    ReplyDelete
  3. tu la, rasanya kalau convert ke RM pun masih murah, kan?

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails