Tuesday, June 22, 2010

hadiah dari anmum

Kelmarin saya dapat call dari kurier SkyNet. Dalam hati saya duk fikir, ada lagi ke barang yang order online tak sampai. Rasa macam semua barang yang saya order dah sampai. Bila tanya orang SkyNet tu, rupa-rupanya nak hantar barang dari Anmum. Ooo, baru teringat yang saya ada redeem barang dari Anmum. Disebabkan saya ada kat opis, so suruh org SkyNet tu hantar kat opis jer senang. Kebetulan dia pun ada barang opis yang nak dihantar.

Saya redeem tuala dengan menukarkan tiga pencedok susu anmum. Dalam dua bulan jer saya minum susu anmum ni. Lepas tu dah tak boleh minum. tak tahu pulak kenapa. Kalau minum jugak, asyik nak ulang alik toilet jer. Bukan setakat susu anmum, minum susu brand lain pun macam tu jugak. Ni dia tuala yang saya dapat bersama dengan surat.
Rezeki danish dapat tuala percuma :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails