Thursday, April 6, 2023

Lukisan Aida

Umi, cantik tak Aida lukis?
Mesti lah cantik, meh umi ambil gambar. Balas saya sambil capai telefon.

Senyum.
Entah kenapa stail senyum senget pulak dah.

Wednesday, April 5, 2023

Tamat sudah

Walau dah beberapa minggu SPM tamat, aci lah simpan kenangan kat blog ni.
Batch Irfan mereka namakan Falcon 2018 - 2023.
Sujud syukur selepas peperiksaan berakhir.
Semoga kejayaan cemerlang mengiringi anak-anak semua.
Gigih ummi screen shot dari video yg cikgu hantar

Muka happy jer sebelum masuk dewan

Setakat ni Irfan baru isi UPU Online dan Matrikulasi.
Program YTP juga bakal dibuka dalam minggu ni.
Yang program nak jadi cikgu tu dia tak nak apply.
Hurm tak apa, tak boleh paksa kalau dia tak minat.




Tuesday, April 4, 2023

Berebut basikal

Aida dan Husin sepupu sebaya.
Langsung tak bagi peluang kat Husin naik basikal dia.
Garang sungguh!

Related Posts with Thumbnails